Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Suami Rai Birthday Mia Ahmad, Hanya Kek Dan Kelopak Bunga Ros Pun Dah Cukup Romantik

Mya Amri 22/02/2019 | 09:22 MYT
Siapa sangka rupanya suami pelakon, Mia Ahmad, penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan merupakan seorang yang romantik.
Buktinya, Izham telah menyambut hari jadi isterinya dengan cara yang paling simple tetapi romantik.
Mia berkongsi momen manis itu menerusi video pendek di akaun Instagramnya.
Video tersebut merakamkan Izham menyanyikan lagu ‘happy birthday’ manakala Mia sedang duduk berhadapan sebiji kek yang dihiasi oleh kelopak bunga mawar merah disekelilingnya.
“I am another year older, wiser and more grateful. Thank you, Allah. #22288 #feb22 #tigaplohsatu,” tulisnya ringkas.

I am another year older, wiser and more grateful. Thank you Allah. ❤️ #22288 #feb22 #tigaplohsatu

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Mia turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada pasangan berkenaan.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi dan Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Foto: Instagram @mia.ahm4d
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon
;