Suami penyanyi Raisa, Hamish Daud menjadi viral di Indonesia semalam selepas dirinya 'tertangkap' dirakamkan sedang mengutip sampah yang berselerakkan di depan sebuah kedai serbaneka.

Perlakuan Hamish Daud yang juga merupakan seorang pelakon itu dirakamkan oleh seseorang yang terkejut melihat lelaki tersebut mengutip sampah selepas membeli di sebuah kedai.

Dalam video yang dimuat naik menerusi aplikasi Tik Tok tersebut, perakam pada mulanya berteka teki tentang identiti lelaki yang sedang mengutip beberapa botol yang bersepah di depan kedai kerana dia memakai pelitup muka.

Namun, sangkaan perakam bahawa lelaki tersebut adalah Hamish Daud tepat apabila dia membuka pelitup muka untuk meminum air sebelum berlalu pergi.

Setelah video dengan durasi 19 saat itu viral, Raisa turut memberi respon melalui akaun Twitternya.

"Sekejap, mengapa ramai sangat yang bercakap tentangnya? Macam kenal ya. Tapi dia tengah buat apa tu?" ciap Raisa bersama video yang dimuat naik.



Penyanyi lagu Peluang Kedua itu kemudian memuat naik sekeping foto dirinya dengan sang suami berada di belakang sedang meminum air.

"Tadaa, bagaimana, sama tak dengan pemuda kacak yang ada di video tadi?" katanya.



Selain itu Raisa juga sempat mengingatkan masyarakat agar tidak membuang sampah merata rata dan boleh dikitar semula.

"Moral of the story to all of us, please jangan buang sampah sembarangan lagi. Sampahnya boleh dikitar semula," tulis Raisa.

Instagram & Twitter: @raisa6690