Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Suami Saya Cakap Macam Orang Hisap Dadah" - Shima Anuar Nak Berhenti Diet Selepas Seminggu Hanya Makan...

ZULHILMI JALIL 16/03/2020 | 05:09 MYT
Pelakon Shima Anuar memberitahu bahawa dia mengalami penurunan berat badan yang agak drastik selepas seminggu mengawal diet pemakanannya.
Shima, 29, berkata, perubahan fizikal dirinya yang semakin kurus itu juga mendapat perhatian suaminya yang menyifatkan dirinya seperti seorang penagih dadah.
"Inilah hasil makan oat dengan ikan dan sayur. Saya dah kena berhenti diet. Tengoklah wajah saya. Suami saya kata macam orang hisap dadah. Lengan dah macam jerangkung. Hahaha!
"Ahad lepas (seminggu lalu) berat saya 55 kg, hari ini (semalam), 52.8 kg. Saya tak sangka akan turun secepat tu dalam masa seminggu. Kalau nak tahu apa yang saya buat, tengok sahaja Instagram saya. Saya dah beritahu semua dah apa yang saya buat. Tiada ubat kurus!," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Ni la hasil makan oats dgn ikan n sayur. I dah kena stop diet. Look at my face. My husband said macam org hisap dadah. Lengan dah macam jerangkung. Hahah! Last sunday berat i 55kg. Today 52.8kg. I didn’t expect akan turun secepat tu dalam masa seminggu. (actually 5 days je sbb semalam i dah belasah makan nasi kandar ?) Kalau nak tau apa i buat, just scroll my ig. I dah bgtau semua da apa yg i buat. No ubat kurus! And 1 lagi tips yg i boleh bagi, jangan ada cheat day selagi tak dapat target yg korang nak. Ok? Good luck guys! ?

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

Sebelum ini, Shima pernah menegaskan kepada umum bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan untuk mendapatkan bentuk badan kurus.
BACA: "Jangan Tanya Ubat Kurus Apa Saya Makan..." - Ini Rahsia Shima Anuar Turun Berat Badan
Sepanjang minggu lalu, Shima berkongsi menu makanan yang diambilnya setiap hari.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya kerana Shima menggalakkan orang ramai untuk mengikuti diet pemakanan sihat.
"Satu lagi tips yang saya boleh bagi, jangan ada cheat day selagi tak dapat target yang korang nak. Ok? Semoga berjaya!," tulisnya.
Shima antara artis yang berjaya mengekalkan bentuk badan ramping biarpun selepas melahirkan dua orang cahaya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Dalam pada itu, jangan lupa, saksikan drama lakonan Shima di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#pelakon #Pelakon #Diet #Shima Anuar
;