Foto penyanyi Yasin Sulaiman memberi makan kepada dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur, Selangor baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen.

Menurut Yasin dia sengaja memberi ganjaran kepada anjing tersebut selepas haiwan itu menemaninya mendaki dari kaki gunung hingga ke puncak.

“Sedang mendaki bukit tabur sekumpulan anjing muncul & menemani hingga ke puncak. untuk itu saya bagi ganjaran tuna sandwich,” tulisnya.

Bekas kumpulan nasyid Brothers itu berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram peribadinya.
Entri tersebut turut disertakan dengan fotonya sedang memberi makan kepada haiwan tersebut.

Namun, niat baiknya itu telah disalah eriti oleh beberapa netizen yang menganggap dia sengaja mahu menunjuk kebaikan yang dilakukan.


Bagaimanapun ramai yang memuji sikap Yasin dan berpendapat ia contoh yang baik buat umat Islam yang lain kerana anjing juga cipataan Tuhan.