"Suami Saya Pun Gemuk, Kenapa Perlu Nak Cakap Benda Yang Buat Dia Terasa" - Faezah Elai

Rozaimi Zubaidi
Julai 31, 2018 03:19 MYT
Pelakon Faezah Elai menafikan dakwaan bahawa dia menyindir bentuk badan wanita yang mewakili Fazura bagi menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela 2018, Sabtu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Faezah menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu adalah salah faham dan tidak berniat untuk mengutuk mana-mana pihak.
"Khas untuk orang yang tujuannya untuk menghentam orang lain dan suka judge orang. Now which part yang i cakap 'lepas anak lima orang..' yang konon ada part body shamming?
"Suami saya pun gemuk takkan saya nak cakap benda yang buat suami saya terasa. Saya cakap anak lima orang sebab wanita yang naik itu pakai tudung dan saya ada lima orang anak. Tak ada kena mengena tentang badan dia.
"Sekarang siapa yang fikir konon saya sindir mengenai badan orang lain. Sedangkan saya tak terfikir langsung.
"Saya bukan individu yang suka bercakap mengenai fizikal orang lain. Jika anda yang tersalah faham, mengapa ajak orang lain untuk salah faham juga? Dan buat orang lain dapat dosa percuma.
"Saya tidak akan berbuat begitu dan jika anda terasa dengan gurauan saya, saya minta maaf. Saya tidak ada niat begitu," tulisnya.
Anugerah Telenovela 2018 telah berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Faezah Elai #Pelakon