Hiburan

Suami Seronok Tak Berbelanja Ketika PKP, Lain Pula Yang Dilakukan Maria Farida!

gempak
Asraf Aided
08/05/2020
09:44 MYT
Sponsor Banner
Suami Seronok Tak Berbelanja Ketika PKP, Lain Pula Yang Dilakukan Maria Farida!
Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida berkongsi sekeping foto berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di negara kita.
Menurut Maria, suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur ada bercakap tentang kebaikan PKP seperti mampu menjimatkan wang kerana tidak keluar rumah tanpa urusan penting.
Namun, Maria sempat berseloroh memberitahu dia masih membeli belah secara dalam talian.
"Suami : paling best kuarantin ni, kita tak keluar dan tak berbelanja.
"Saya " (Klik 'add to cart') that's nice sayang," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya terhibur dengan jenaka Maria, pada masa yang sama, ramai juga yang memuji kecantikannya pada usia 50 tahun itu.
Imbas kembali, Maria dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.
Maria juga memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024