Hiburan

Fikir Masa Depan, Saharul Ridzwan Kongsi Sebab Kenapa Berhenti Jadi Pelakon - "Kalau Saya Kemalangan Satu Hari..."

gempak
Umirah Halim
11/02/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Fikir Masa Depan, Saharul Ridzwan Kongsi Sebab Kenapa Berhenti Jadi Pelakon - "Kalau Saya Kemalangan Satu Hari..."
Pelakon, Saharul Ridzwan berkongsi sebab disebalik keputusannya yang memilih untuk berhenti berlakon.
Menurut Saharul atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim berkata faktor utama dirinya bersara dari dunia lakonan adalah kerana memikirkan masa depan.
“Dulu saya ada jawapan kenapa saya nak berhenti berlakon, tapi bila saya fikir balik keputusan untuk berhenti itu memang terjadi secara sendiri.
“Bila saya dah kahwin banyak benda dah berlaku pada diri saya, kalau contoh saya kemalangan satu hari, muka saya calar balar saya dah tak boleh berlakon macam mana.
“Bila saya dah ada anak, daripada situ saya dah mula fikir saya perlu ada sesuatu yang lebih selamat untuk masa depan saya,” ujarnya.
@youusaff Berhenti @SaharulRidzwan ♬ original sound - Yousaf
Dalam pada itu, pelakon drama Hati Perempuan itu turut memaklumkan dia pernah berdepan masalah kewangan untuk membiayai kos bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir.
“Saya sampai tak ada duit nak bayar kos bersalin isteri padahal waktu itu tengah berlakon.
“Masa itu memang perniagaan serunding saya laku tetapi duit keuntungan itu saya ‘invest’ buat perniagaan lain sampaikan langsung tak ada duit.
“Saya cakap, ‘Ya Allah, macam mana lah saya nak bayar kos itu’. Kemudian saya ambil keputusan untuk gadaikan jam tangan mewah saya bersama seorang kawan.
“Tapi kawan saya kata, ‘Tak apalah kau ambil saja duit ini’. Dia bagi dalam RM5,000 ke RM6,000 macam itulah, saya tak ingat. Dari situlah membuatkan saya terfikir yang saya ini kena buat sesuatu untuk masa depan.
“Daripada situ saya mula buat bisnes serunding, pisang salai, macam-macam saya cuba,” katanya lagi.
Pada 2020, Saharul mendedahkan dirinya berdepan dengan krisis kewangan yang berpunca daripada kesilapan dirinya.
Ujar Saharul, tahun 2017 telah disifatkan sebagai sebagai tahun kejatuhan dirinya.
Sehinggalah pada awal 2021 Saharul mengambil keputusan untuk tidak berlakon selepas mengubah haluan dirinya dengan menyertai aktiviti keagamaan dan mula berniaga bersama isterinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024