Hiburan

"Suami Tahu Saya Wanita Berjiwa 'Liar'..." - Lantang Bersuara, Ellie Suriaty Akui Azri Iskandar Risau

gempak
Kamaruddin Razal
25/10/2018
13:10 MYT
Sponsor Banner
"Suami Tahu Saya Wanita Berjiwa 'Liar'..." - Lantang Bersuara, Ellie Suriaty Akui Azri Iskandar Risau
Sejak kebelakangan ini, tindakan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang lantang bersuara menjadi perhatian ramai pihak.
Ellie menerima pelbagai reaksi berbeza, ada yang menyokong malah ada yang melemparkan kritikan terhadap pengarah filem Penanggal itu.
Ketika ditanya sama ada tindakannya yang lantang bersuara mendapat sokongan suami, pelakon Azri Iskandar, Ellie mengakui suaminya risau.
"Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya.
"Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya... Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa 'liar'..." seloroh Ellie.
Menerima kecaman akibat tindakannya, Ellie tidak mahu mengambil pusing tentang kata-kata negatif yang diterima.
"Saya tahu ada yang mengecam tindakan saya... Tetapi bagi saya, hanya 15 peratus orang sahaja yang melihat ia dari persepsi negatif.
"Selebihnya, baki 85 peratus memahami apa yang saya perjuangkan dan menyokong tindakan saya," katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2018 di The International Gallery at Alya, Bukit Kiara pada Selasa.
Telefilem arahan Ellie, Tulus Cinta tersenarai sebagai calon bagi kategori Drama Terbaik.
Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 November ini pada jam 9.00 malam dan disiarkan di TV3.
Foto: Mstar / Malaysiakini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live