Laman Utama

Suami Ummi Nazeera Mula Tambat Hati Netizen - “Ah Sudah, Aku Dah Minat Doktor Daripada Bini Dia”

gempak
Asyikin Mayudin
03/09/2023
13:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Ummi Nazeera Mula Tambat Hati Netizen - “Ah Sudah, Aku Dah Minat Doktor Daripada Bini Dia”
Jika sebelum ini suami kepada pengacara Ain Edruce, kini giliran suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar pula yang menarik perhatian netizen.
Setiap perkongsian Dr Izzar di laman sosial sentiasa menjadi perhatian netizen yang menganggap suami aktres itu semakin pandai membuat jenaka.
Malah video terbaharu yang dikongsikan di TikTok mengenai perkara yang dikhuatiri para suami selepas mengalami kecederaan akibat bersukan turut menghiburkan netizen.
“Perkara yang paling dikhuatiri apabila injured bukanlah injury itu sendiri tetapi bagaimana nak terangkan kepada isteri supaya masih dapat bermain sukan tersebut.
“Ramai suami memilih untuk berlakon rilek mcm tak injured tetapi cara itu akan makan diri kalau isteri dapat tahu mengenai injury tersebut. Susah nak dapat visa lepas tu.
“Bercakaplah benar walaupun pahit. Usahakan visa baru lepas dah sembuh. Insya-Allah,” tulisnya di kapsyen perkongsian tersebut.
Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan tidak menyangkakan Dr Izzar juga seorang yang kelakar.
“Confirm… doktor seorang yang kelakar.
“Ah sudah… aku dah minat doktor daripada bini dia ni haha.
“Content creater terpaling nombor syatu tahun depan. Menghiburkan! Teruskan usaha doktor,” komen beberapa netizen.
BACA SINI: [VIDEO] “Kadang Ibu Emosi, Sedih Sangat” - Anak Selamat Jalani Pembedahan, Ummi Nazeera Syukur Suami Sentiasa Tenang
BACA SINI: “Saya Akan Jadi Orang Pertama Halang” - Suami Mohon Jangan Salah Faham, Ummi Nazeera Bukan Sertai Parti Politik
@izzaranwari Perkara yang paling dikhuatiri apabila injured bukanlah injury itu sendiri tetapi bagaimana nak terangkan kepada isteri supaya masih dapat bermain sukan tersebut. Ramai suami memilih untuk berlakon rilek mcm tak injured tetapi cara itu akan makan diri kalau isteri dapat tau mengenai injury tersebut. Susah nak dapat visa lepas tu. Bercakaplah benar walaupun pahit. Usahakan visa baru lepas dah sembuh. insyaAllah @Nazeera Ummi #fyp ♬ Can You Hear The Music - Ludwig Göransson
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live