Laman Utama

Subur! Nick Cannon Sambut Kelahiran Anak Ke-10, Seminggu Selepas Anak Kesembilan

Amri Hassan
02/10/2022
03:26 MYT
Pelakon, rapper, komedian dan hos popular Nick Cannon mengumumkan baru menimang cahaya mata ke-10 pada Jumaat lalu, seminggu selepas kelahiran anak kesembilannya minggu lepas.
Brittany Bell yang juga ibu kepada dua lagi cahaya mata Cannon, telah melahirkan anak ketiga mereka pada 23 September lalu.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Cannon, 41, meluahkan rasa terharu atas pengorbanan Bell melahirkan cahaya mata mereka yang disifatkan proses bersalin paling sukan pernah disaksikannya.
"Ini adalah proses kelahiran paling sukar yang pernah saya lihat! 48 jam menahan kesakitan dan bergelut antara hidup dan mati untuk melahirkan anak kami, Rise Messiah Cannon," tulis hos The Masked Singer itu.
Cannon dan Bell yang juga Miss Universe Guam 2014 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata, Golden Sagon, 5, dan Powerful Queen, 20 bulan.
Sebelum itu Cannon menyambut kelahiran anak kesembilannya bersama model LaNisha Cole yang diberi nama Onyx Ice.
Manakala, ibu kepada cahaya mata mereka yang baru berusia setahun, Abby De La Rosa kini sedang hamil lagi.
Bersama De La Rosa, Cannon dikurniakan anak kembar, Zion dan Zillion yang berusia 16 bulan.
Untuk rekod, Cannon turut memiliki cahaya mata kembar bersama diva Mariah Carey, Monroe dan Moroccan yang kini berusia 11 tahun dan seorang anak lelaki bersama model Bre Tiesi yang diberi nama Legendary Love, tiga bulan.
Cannon juga punyai seorang cahaya mata bersama Alyssa Scott, Zen yang meninggal dunia ketika berusia lima bulan pada Disember 2021 akibat barah otak.
Sumber: IG Nick Cannon, People, Yahoo! Foto: IG Nick Cannon, Men's Health
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.