Hasrat pelakon baru, Farhan Asri untuk bekerjasama dengan aktor popular Fattah Amin akhirnya menjadi kenyataan.

Farhan yang merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 menyatakan dia kagum dengan kejayaan Fattah yang bermula sebagai juara Hero Remaja 2012.

"Hero Remaja senior and Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak berkerja dengan abang Fattah @fattahaminz finally Alhamdulillah dapat kerja sekali dalam satu drama Pink Smile.

"Such a humble person and very professional on set! Paan selalu ikut perkembangan abang Fattah dan pemenang Hero Remaja lain yang berjaya menempatkan diri dalam industri seni," dedahnya.

Farhan berkongsi perkara ini menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Farhan mengakui perjalanan menempa nama dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah.

"Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah.

"Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul? Terima kasih @creativeskillsolution for this amazing oppurtunity," tulisnya lagi.

Hero Remaja senior and Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak berkerja dengan abang Fattah @fattahaminz finally Alhamdulillah dapat kerja sekali dalam satu Drama! #pinksmile . Such a humble person and very professional on set! Paan selalu ikut perkembangan abang Fattah dan pemenang Hero Remaja lain yang berjaya menempatkan diri dalam industri seni. . Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah. Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul?. . Tq @creativeskillsolution for this amazing oppurtunity.

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on


Selain Farhan dan Fattah, drama bersiri Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.