Hiburan

Sudah Ada Kekasih, Syarul Ezani Mahu Tamatkan Zaman Bujang Tahun Hadapan - "Hal Baik Elok Disegerakan"

gempak
Ernalisa
16/12/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Sudah Ada Kekasih, Syarul Ezani Mahu Tamatkan Zaman Bujang Tahun Hadapan - "Hal Baik Elok Disegerakan"
Pelakon Syarul Ezani mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang wanita yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

BERITA BERKAITAN: “Kadang-Kadang Kita Tak Tahu Ada Orang Dengki”- Syarul Ezani Masih Bujang, Lebih Selesa Kurang Kongsi Kisah Peribadi

BERITA BERKAITAN: Apa kes kalau nak bercerai sebab pasangan jahil? - Syariah Di Sebalik Drama | Kiblat Ke Syurga | EP7

Enggan mendedahkan secara terperinci identiti wanita berkenaan, kata Syarul mereka juga punyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
"Insya-Allah doakan yang baik-baik. Perkara sebegini (kahwin) memang lebih elok disegerakan. Cuma saya rasa perancangan ke arah itu tahun hadapan.

"Niat untuk berkahwin memang ada insya-Allah macam saya katakan tahun hadapan. Kami mula berkawan sejak dua tahun lalu tetapi baru setahun kami serius," katanya kepada Gempak.

Syarul berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Eid 2025 jenama Mayang By Anntsya yang diadakan di Four Season, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Melewati usia 30-an, pelakon ini mengakui menerima desakan soal perkahwinan dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat.
"Dalam kehidupan harian kita memang akan ada tekanan. Tetapi dalam soal tekanan membabitkan perkahwinan, saya anggap ia perkara positif kerana meminta kita untuk menghalalkan seseorang.
"Macam keluarga dan rakan baik kita sudah tentu mahukan perkara yang baik-baik untuk diri saya. Itu tak salah," katanya.
Dalam pada itu, Syarul bersyukur teman wanitanya itu sentiasa memahami dan menyokong karier seninya.

"Saya beruntung sebab dia (kekasih) sangat memahami kerja dan masa saya yang padat. Kerja seorang pelakon memang sibuk. Jadi dia (kekasih) faham soal kekangan masa. Itu buatkan saya tenang bersamanya.

"Tetapi dalam kesibukan saya juga sentiasa usaha untuk mencari waktu yang sesuai meluangkan masa bersama pasangan," katanya.
Nama Syarul Ezani mula dikenali menerusi drama rantaian Kami The Series sekitar tahun 2007.
Setahun kemudian naskhah tersebut diangkat ke layar perak dengan tajuk Kami The Movie.
Bagaimanapun, beberapa tahun Kami The Movie ditayangkan, Syarul hilang daripada radar dunia hiburan dan menyepi hampir 20 tahun.
Bagaimanapun Syarul mula bersinar kembali selepas berlakon dalam drama Kiblat Ke Syurga yang pernah ditayangkan di saluran Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024