HIBURAN

Sudah Bawa Jumpa Ibu, Erra Fazira Masih Dalam Fasa ‘Manis’ Dengan Mr E - “Kalau Dahulu Nak Keluar Dating Mesti Akan…”

Asyikin Mayudin 07/04/2025 | 11:55 MYT
Hampir sembilan bulan berkenalan, pelakon Erra Fazira mendedahkan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr.E sudah dibawa bertemu dengan ibunya.

Kenal hati budi

Enggan terburu-buru membuat sebarang keputusan, Erra atau atau nama sebenar Fazira Wan Chek, berkata, dia masih dalam fasa mengenali hati budi Mr.E atau nama sebenarnya Ezwan Zain.

"Fasa itu (berjumpa mak) sudah lepas, dia sudah mengenali keluarga terdekat saya dan begitu juga dia. Kami tidak 'rushing', mahu terus mengenali hati budi dan lihat keserasian masing-masing.

"Kami berkenalan pada Ogos tahun lalu, nak bercakap lebih pun takut sebab masih di fasa manis. Jika matlamat yang ingin dicapai itu dipermudahkan, saya syukur dan jika sebaliknya, saya berserah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira Lebih Selesa Tanpa Tekanan Trend Pasangan Selebriti - “Untuk Pasangan Muda Bolehlah Kot…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mr. E Sifatkan Erra Fazira Seorang Yang Matang, Elegan, & Bijak - “Dia Juga Senang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira Selesa Kongsi Hubungan Bersama Mr. E, Minta Netizen Terus Mendoakan - “Apa Yang Penting Adalah Kehidupan Selepas…”

Pelakon berusia 51 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi saluran podcast Syok yang dikendalikan oleh Sudirman Mohd Tahir di YouTube.

Matang dalam hubungan

Berkongsi lanjut, Erra berkata, dia kini semakin matang untuk menjalani hubungan percintaan dengan lebih tenang dan bijak mengawal situasi di sekeliling.

"Saya lebih matang dan tiada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dahulu nak pergi keluar 'dating' mesti akan pergi tempat yang privasi dan perlu ada yang kena teman. Macam-macam saya fikir termasuk nak jaga hati orang lain.

"Namun sekarang, saya mahu melalui fasa yang normal macam orang lain. Malah, ketika pertama kali berjumpa dengan dia, kami pergi makan di sebuah kedai di Kampung Baru. Tempat yang padat dengan orang,” ujarnya.

Doa kebahagian

Disoal mengenai respon peminat yang merestui hubungan mereka, Erra berterima kasih dan memohon orang ramai terus mendoakan kebahagiaannya.

"Alhamdulillah apabila ada peminat yang restu dan kata lulus dengan hubungan saya kali ini. Apa pun, saya memohon doa semua. Harap harap indah di fasa sekarang dan fasa-fasa seterusnya,” ujarnya.

#Erra Fazira #Mr E #Kenal Hati Budi #Ezwan Zain #Fasa manis