Sudah Bertudung, Norreen Akui Masih Sama Seperti Dulu - “I Still The Same Me”
Gempak
02/02/2024 09:55 MYT
02/02/2024 09:55 MYT
Pencipta kandungan dan pelakon, Norreen menjawab andaian netizen yang mendakwa dirinya telah berubah selepas mengambil keputusan untuk berhijab baru-baru ini.
Menurut Norreen, sungguhpun penampilan sedikit berbeza, namun dirinya masih sama seperti dulu.
Menurut Norreen, sungguhpun penampilan sedikit berbeza, namun dirinya masih sama seperti dulu.
BERITA TRENDING: “Walaupun Dulu You Susah Nak Mengurat I Tapi…” - Romantisnya! Norreen Iman Kongsi Foto Mesra Dengan…
“Saya ada terima komen dan DM yang mengatakan saya tidak lagi seperti dulu, ada rasa sudah hilang Norreen. Saya masih sama. Cuma… siapa yang tak nak jadi better person in the future.
“Apa yang saya perlu buat sekarang, saya kena kurang cara percakapan sebegitu. Sebab saya sinonim dengan ayat-ayat kasar. Bukanlah saya dah tukar cara berpakaian dan saya akan berbisik di telinga orang (cara bercakap),” katanya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu, Norreen turut menyatakan yang dia pernah tersilap membayangkan tentang keadaan dirinya apabila sudah berjaya menurunkan berat badan.
“Sejak saya sudah hilang berat badan, saya ada satu persepsi yang I should have shown more skin. Tapi saya silap sebab kita tak perlu tunjuk semua itu,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Norreen turut yakin yang rezekinya dalam bidang lakonan masih tetap ada sungguhpun sudah berubah imej.