Sudah Berusia 40 Tahun, Nicholas Saputra Tak Pernah Sunyi Hidup Solo
Maliah Surip
06/10/2024 06:53 MYT
06/10/2024 06:53 MYT
Diam tak diam usia Nicholas Saputra yang menjadi kegilaan ramai sejak dikenali menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta sudah masuk 40 tahun.
Namun sehingga kini, Nicholas yang mesra disapa Nico masih solo atau hidup bujang.
Menerusi temu bual bersama Raditya Dika, Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian. Malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
“Tidak pernah rasa sepi (solo) malah ia sangat melegakan,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Nico kemudian ditanya bagaimana cara dirinya melawan kesepian dengan menjawab: “Tidak pernah lawan sebab tak pernah cara sepi.”
Sejak menjadi pelaku seni, Nico dikenali sebagai aktor yang cukup tertutup tentang hal peribadi.
Dia malah mengisi akaun Instagramnya dengan pelbagai foto bersifat flora dna fauna serta pemandangan, bukan dirinya.
BERITA TRENDING: Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna
Sebagai seorang jejaka yang tampan dan popular, ramai yang mahu mendampinginya sebagai kekasih mahupun isteri.Namun sehingga kini, Nicholas yang mesra disapa Nico masih solo atau hidup bujang.