Laman Utama
Nicholas Saputra Tak Rasa Kehidupannya Menarik Sungguhpun Jadi Kegilaan Ramai
Sosok aktor terkenal Indonesia, Nicholas Saputra sentiasa menjadi pujaan ramai. Pada usia 39 tahun pun, Nicholas yang pertama kali popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta?pada tahun 2002 masih tetap dilihat punya tarikan tersendiri.
Kisah hidup dan aktiviti yang dilakukan pelakon tersebut selalu ingin diketahui.
BERITA TRENDING: Gisel Kecewa Terlepas Peluang Lakonkan Babak Cium Dengan Nicholas Saputra
Namun bagi Nicholas sendiri, dia melihat kehidupannya sangat biasa dan tidak ada yang menarik. Lantaran itu dirinya tidak pernah ingin ditemubual dalam saluran podcast yang menjadi satu trend di tanah airnya.Nicholas juga menepis dia menolak ditemubual kerana berasa dirinya punya nilai eksklusif.
“Bukan (eksklusif). Saya cuma rasa tidak ada yang menarik untuk diceritakan.
“Kalau saya lihat podcast rakan lain semuanya ada banyak cerita menarik tapi hidup saya tidak. Lagipun jika ditanya saya tidak tahu mahu jawab apa,” ujar Nicholas kepada Melaney Ricardo seperti dilaporkan Viva.co.id.
BERITA TRENDING: Berkata Tidak Kepada Orang, Buat Nicholas Saputra Rasa Kuasa Yang Sangat Powerful
Pemilik watak Rangga tersebut kemudian mengatakan dia tetap dengan pendirian menjaga privasi kehidupan peribadi.“Saya fikir satu-satunya perkara yang ada buat saya sekarang adalah privasi diri kerana sebaik keluar rumah, sudah tidak ada yang privasi buat saya lagi.
“Jadi saya mengendalikan privasi saya. Saya juga tidak akan membuat konten peribadi tentang diri sendiri,” katanya lagi.
Namun dirinya sentiasa terbuka untuk berkongsi tentang perkembangan karier yang disifatkan sepatutnya menjadi keutamaan berbanding mengetahui tentang kehidupan peribadinya.
BERITA TRENDING: “Kacak Macam Nicholas Saputra” - Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen
Must-Watch Video