Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Selepas Rumah Dirompak, Iqram Dinzly Kemalangan Pula

Amri Hassan
Februari 23, 2018 07:35 MYT
Pelakon kontroversi, Iqram Dinzly ditimpa musibah apabila kediamannya di Damansara dipecah masuk dan kerugian ribuan ringgit.
Tidak cukup dengan kejadian tersebut, kenderaan jenis Honda yang dipandu Iqram juga terbabas hingga menyebabkan bahagian hadapan keretanya hampir remuk.
Menerusi kemas kini Iqram di Instagram, pelakon yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu kehilangan jam tangan mewah bernilai RM10,000, telefon pintar jenis iPhone 6 dan komputer riba milik arwah bapanya.
"Alkisahnya, cerita kelmarin di Damansara dikopak dan jam Claudia Patricks bernilai RM10,000, jam G-Shock, Guess serta iPhone 6 dan laptop arwah bapa telah selamat dirompak.
"Walau apapun, tak perlu berontak. Hanya syukuri ujian dan dugaan Allah dengan serentak," tulisnya.
Manakala, kemalangan yang berlaku dipercayai disebabkan dia terlalu penat dan mengantuk.
"Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentaklah di tembok dan isteri aku cedera terluka sebegini.
"Satu persatu latihan tubi yang diberi dan semakin hari semakin ku sedari, sekiranya jadi maka jadilah ia dan usah pertikaikan lagi kerana semua ini suratan takdir," tulis Iqram lagi.
Kedua-dua perkongsian sedih itu mengundang rasa simpati netizen yang mendoakan pelakon itu terus bersabar menghadapi ujian yang bertimpa-timpa.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @bawaabata.merebuks
#pelakon #Kemalangan #Pelakon #Iqram Dinzly