Pengikut Instagram (IG) bekas juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi kedua pelakon tersebut dan suaminya, Asyraf Khalid.

Tya menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.

"Masih betah di dalam perut, Nak?," tulisnya ringkas.

Masih betah di dalam perut, Nak? ??

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on


Usia kandungan Tya yang kini memasuki lapan bulan dan dijangka melahirkan bayi keduanya itu pada Mei ini.

Rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Tya bakal melahirkan seorang bayi perempuan selepas melihat bentuk perutnya.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Tya dan bayinya sentiasa sihat.

Tya dan suaminya, Asyraf Khalid telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.