,
Hiburan

Sudah Pulih Kanser Ovari, Manisha Koirala Mahu Ambil Anak Angkat

Syafiqah Jalal
11/04/2017
03:49 MYT
Selepas pulih daripada rawatan kanser ovari, pelakon filem Mann, Manisha Koirala mendedahkan bakal mengambil seorang anak angkat perempuan.
"Pada bulan Disember nanti genap lima tahun saya berjuang dengan penyakit kanser dan kini sudah pulih sepenuhnya.
"Jika tiada aral, saya merancang untuk mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkat.
"Saya sangat teruja dengan fasa baharu dalam hidup saya," katanya kepada media di India.
Manisha berjanji akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak angkatnya dan menurunkan segala ilmu kepadanya.
Pelakon itu berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Nepal, Samrat Dahal pada 2010 namun telah bercerai pada tahun 2012.
Dalam perkembangan lain, Manisha bakal membintangi filem biopik Nargis bersama Ranjir Kapoor.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Filmbeat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Bollywood

Peminat Persoal Amitabh Bachchan Masih Aktif Berlakon Pada Usia 81: “Ada Masalah?”

gempak
19/08/2024
13:54 MYT
Amitabh Bachchan adalah pesohor Bollywood yang sudah menjadi seniman sejak 50 tahun lalu.