Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sudah Sebulan Bertudung, Zila Bakarin Mohon Doa Daripada Peminat

Zulaikha Yusof
03/01/2020 02:51 MYT
Pelakon Zila Bakarin menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

nmpk ikhlas tak senyum kita wakkk??!! ?

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on


Entri tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya yang rata-rata mendoakan agar Zila terus berhijab.

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Zila dengan imej bertudung itu.

Menerusi pemerhatian Gempak, pelakon drama Dendam Aurora mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu.

"Oh masa jadi mak Baizura cerita Amda tu sis dah bertudung la ya. Cantiknya," tulis seorang pengikut.

"Oh cerita tu awal tahun shooting, tak pakai lagi. Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya," balas Zila.




Zila mula aktif di industri hiburan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#pelakon #Pelakon #Zila Bakarin
;