Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Sudah-Sudah Lah Tu” - Kongsi Pandangan Tentang Vaksin, Netizen Minta Zul Yahya Stop?

Hanafis Haris
27/09/2021 00:50 MYT

Pelakon Zul Yahya menerima pelbagai kecaman daripada netizen apabila memuat naik sebuah posting di Instagram mengenai pandangannya yang dipercayai berkaitan pengambilan vaksin.

Menerusi posting tersebut, Zul Yahya turut menyentuh isu diskriminasi yang didakwa berpunca daripada vaksin.

“Cobit (Covid) made in China membuka jalan kepada Vaksum.

“Vaksum membuka jalan kepada diskriminasi, tahniah,” tulisnya.

Susulan daripada posting tersebut, ramai yang mendakwa posting berkenaan seolah memerli usaha pemberian vaksin.

Kebanyakan netizen meminta supaya pelakon itu menghentikan teori dan dakwaan tidak betul di Instagram.

"Tak habis-habis label buruk usaha orang yang vaksin di negara sendiri, Tak lama lagi akan buka juga semua sektor dan solat rapat saf”.

“Ya abang Zul sudah-sudah la tu, kadang-kadang tak tahu nak ambil serius ke tak”.

“Cukup-cukup mengapikan orang,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, beberapa perkongsian Zul Yahya di Instagramnya sebelum ini mencetuskan pelbagai keraguan dan provaksi apabila dia seolah-oleh memilih ‘haluan’ berbeza dan menolak vaksin.

Zul Yahya juga pernah mencuri tumpuan apabila nekad memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.

BACA: Bandingkan Sijil Degree Dengan Dajjal, Zul Yahya Berhentikan Anak Sekolah



 
#Viral #Vaksin #Zulyahya #Vaksum