Sudah Tegur Suami Pakai Rantai Emas, Atikah Suhaime Mohon Netizen Tak ‘Over’ Ketika Menegur - “Sakitkan Hati Sesama Manusia Pun Berdosa”
Ainun
04/11/2024 01:30 MYT
04/11/2024 01:30 MYT
Perkongsian pelakon Datin Atikah Suhaime bersama suaminya, Datuk Lokman Teh, yang dilihat memakai rantai emas menerusi hantaran di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menurut Atikah, atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dia sudah menasihati suaminya untuk tidak memakai rantai emas lagi memandangkan perkara tersebut ditegah dalam Islam.
Menurut Atikah, atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dia sudah menasihati suaminya untuk tidak memakai rantai emas lagi memandangkan perkara tersebut ditegah dalam Islam.
“Jangan risau, saya dah pun tegur suami saya. Saya juga tidak sempurna sebab saya belum lagi memakai tudung. InshaAllah perlahan-perlahan kita berubah. Doakan kami ya,” katanya kepada netizen yang menegur suaminya.
Bagaimanapun, pelakon Si Kolot Suamiku itu turut menasihati netizen agar tidak keterlaluan ketika menegur suaminya sehingga menimbulkan rasa benci terhadapnya.
“Rasanya tidak perlu untuk tinggalkan komen ‘baru masuk islam’ untuk tujuan sakitkan hati.
“Sakitkan hati sesama Muslim pun berdosa juga,” jelasnya.
Sekadar info, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh pada Januari lalu dan dia kini sedang hamil cahaya mata pertama.