Skip to main content

Budaya Popular

Lamborghini Bukan Untuk Fattah Amin, Tapi...

astrogempak_fattah_1.png

Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha menafikan dakwaan mengatakan pelakon itu menerima hadiah kereta mewah jenis Lamborghini daripada pengusaha sebuah kedai emas.

Acha berkata, kereta Lamborghini berwarna ungu yang dipandu Fattah itu adalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.


"Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit," katanya.

Dalam masa sama, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak sudah salah faham dengan video yang tular.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement