Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan masakan Baginda.

Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, Baginda Permaisuri Agong turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagram @airtangan_tunkuazizah.



Namun dalam waktu Baginda berkongsi resepi, ada juga diselitkan sifat-sifat suka bergurau dan penyayang yang sememangnya diketahui rakyat Malaysia.

Dalam satu entri, Baginda berkongsi resepi bagaimana untuk menghasilkan Halwa Muskat yang merupakan satu juadah tradisi yang mungkin tidak diketahui ramai.

cara membuat Halwa Muskat .... basuh tepung dahulu ! @ririshah your grandmother taught me and also che lok our tukang masak istana ! sy hanya guna air tepung dan buang getah tadi

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on


Menurut Baginda, Halwa Muskat mengambil masa empat hari untuk dihasilkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Perkara itu turut dipersetujui oleh ramai wargamaya yang meninggalkan komen pada entri tersebut.



Dalam satu entri lain, Baginda Permaisuri sempat berjenaka apabila menampalkan tulisan 'Jangan Sentuh Langsung, Jangan Tolak Dan Tarik' pada periuk yang digunakan untuk membuat Halwa Muskat tersebut.

"Sudah warning kepada semua. Don't touch or move this periuk, atau saya peliat telinga dan ketuk jari!" seloroh Baginda tetapi tegas.

Entri Baginda tersebut mendapat pelbagai reaksi sehingga lebih seribu wargamaya meninggalkan komen pada entri tersebut.



Ramai yang tidak sabar menanti hasil Halwa Muskat yang sedang disediakan oleh Baginda Permaisuri.

sudah warning kpd semua org ...... don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari !

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on


Pastinya banyak ilmu masakan yang boleh dipelajari tentang makanan tradisi dan moden daripada permaisuri yang berjiwa rakyat ini.