Hiburan

"Sudah-Sudah Lah Maki Hamun Saya .." - Fizul Nawi & Nadya Syahera Sudah Berbaik

gempak
Zulaikha Yusof
09/07/2019
02:28 MYT
Sponsor Banner
"Sudah-Sudah Lah Maki Hamun Saya .." - Fizul Nawi & Nadya Syahera Sudah Berbaik
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi mendedahkan sudah berbaik dengan isterinya selepas berlaku berantakan dalam rumah tangga.
Menurut Fizul dia berharap semua pihak tidak lagi melemparkan kata-kata kesat terhadapnya kerana dia sudah memohon maaf dengan Nadya.
"Sudah-sudah lah maki hamun saya. Kami dah berbaik semuanya okay.
"Saya pun dah minta maaf pun dengan isteri saya," tulisnya secara ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizul turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan kebahagiaan mereka akan berkekalan.
Terdahulu, Nadya mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik setelah mendapat bukti bergambar dan tidak pulang ke rumah selama sebulan.
Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.
Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.
Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live