Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Sudah-Sudahlah Masuk Pertandingan..." - Netizen Minta Ruang Untuk Artis Lain, Apa Pula Jawab Salma?

Amri Hassan
31/10/2017 08:22 MYT
Selepas dua kali menjuarai pertandingan realiti nyanyian Mentor (2011) dan Tiga Juara (2016), Salma atau nama sebenarnya Salma A. Asis, 26, mengakui pernah menerima kecaman daripada netizen.

Ada yang meminta agar penyanyi kelahiran Sabah itu memberikan ruang untuk bakat seni suara lain mengembangkan karier.

Namun, Salma yang muncul dengan single terbaharu Akhirnya Cinta tidak pernah melatah atau kecewa dengan kata-kata yang dilemparkan.

"Ketika saya menyertai pertandingan ada juga suara-suara sumbang yang meminta agar saya mengundurkan diri dan memberi peluang kepada artis lain.

"Bagi saya setiap pertandingan ada haluan dan cabaran berbeza-beza.

"Saya belajar banyak benda baharu dan berjumpa individu berbeza ketika menyertai pelbagai pertandingan sepanjang menjadi penyanyi. Kenapa saya perlu berhenti?" jawab Salma kepada Astro Gempak.

Salma menegaskan dia tidak pernah kecewa apabila diasak dengan komen negatif sedemikian malah membakar semangatnya untuk lebih berusaha.

"Saya tidak pernah kecewa dan akan terus berusaha mendapatkan apa yang saya mahukan," tambahnya.

Dalam perkembangan terbaru, Salma baru melancarkan muzik video single Akhirnya Cinta yang sudah mula ditayangkan di laman platform Youtube selain versi karaoke di semua cawangan Neway seluruh negara.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @salma_3juara
#Penyanyi #Penyanyi #Akhirnya Cinta #Salma Asis
;