Sufi Rashid, Ibu Kembali Berbaik - "Iktibarnya, Kita Kena Sentiasa Bersabar Dengan Keluarga"
Ainun
12/08/2024 09:50 MYT
12/08/2024 09:50 MYT
Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid mendedahkan hubungannya bersama ibu kandung, Irma Suriana Mahamud telah kembali jernih.
Jelas Sufi, 33, fasa dingin selama beberapa tahun disifatkan sebagai satu pengalaman untuk muhasabah dan memperbaiki diri.
“Apa yang saya hadapi, saya hanya menganggap sebagai satu pengalaman. Kalau satu hari nanti, saya kecewa dengan anak saya, saya tidak akan melakukan perkara yang sama terjadi kepada diri saya dan saya akan cuba kongsikan kepada semua orang yang baik-baik sahaja.
Jelas Sufi, 33, fasa dingin selama beberapa tahun disifatkan sebagai satu pengalaman untuk muhasabah dan memperbaiki diri.
“Apa yang saya hadapi, saya hanya menganggap sebagai satu pengalaman. Kalau satu hari nanti, saya kecewa dengan anak saya, saya tidak akan melakukan perkara yang sama terjadi kepada diri saya dan saya akan cuba kongsikan kepada semua orang yang baik-baik sahaja.
"Kadang-kadang kita berbuat baik orang akan kata jahat, bila kita buat jahat orang akan cakap kita baik. Lebih baik perkara yang sebegini kita jangan kongsikan dan simpan dengan kita sendiri kecuali jika perlu.
“Untuk saya, apa-apa yang orang nak katakan baik kepada saya atau selebriti yang lain, saya faham. Apa yang boleh saya katakan adalah semuanya sudah kembali okay. Ibu saya sekarang yang paling gembira kerana anak saya merupakan cucu kedua dalam keluarga saya.
“Iktibar dia adalah kena bersabar dengan keluarga, kawan-kawan. Kita juga perlu sentiasa sabar dan kita janganlah menyalahkan orang. Kadang-kadang kita tidak tahu isi hati mereka dan kadang-kadang mereka perlu pertolongan," katanya kepada Gempak.
Kenyataan itu turut disokong oleh isterinya, Nurulain, yang menyatakan bahawa mereka sudah lama berbaik dengan ibu mertuanya.
“Alhamdulillah kami sudah baik dengan Mama. keluarga saya dengan keluarga Sufi sudah berbaik semula. Mereka sudah lama berbaik”, jelas Ain.
Sekadar info, Juara Akedemi Fantasia 2015, Sufi dan Ain mendirikan rumahtangga pada 21 September 2019 dan bakal menimang cahaya mata pada November depan.
BERITA TRENDING: Misteri Wanita Hilang Disorok Makhluk Halus Terungkai, Rupa-Rupanya ...
BERITA TRENDING: Sesuka Hati Ubah Resepi Kunafa, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Peniaga Makanan Tempatan
BERITA TRENDING: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”
BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”
Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi apabila Nurulain dilihat meninggalkan pelamin ketika ibu mentuanya datang bersalaman dan memeluk Sufi.