Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

Amri Hassan
14/11/2024 06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.

BERITA TRENDING: "Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dilahirkan secara normal di Andorra Women & Children Hospital, Selangor.

Kata Sufi, cahaya mata yang diberi nama Sabreen Aleyna itu merupakan pemberian terindah buat mereka.

"Bersyukur Alhamdulillah, kami sangat teruja. Ini pemberian Allah paling besar untuk saya dan isteri.


"Pengalaman tak dapat dilupakan adalah rasa penat dan alahan isteri yang harus sama-sama tanggung. Asyik lapar, tak cukup tidur, muntah. Itu antara pengalaman lebih membuatkan kami lebih mendekati dan saling bersama," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Sufi Rashid, Ibu Kembali Berbaik - "Iktibarnya, Kita Kena Sentiasa Bersabar Dengan Keluarga"

Dalam pada itu, Sufi menyatakan masih belum punyai perancangan untuk mencipta akaun khas buat anak perempuan mereka, namun seandainya ada akaun itu akan menyimpan memori peribadi sepanjang permata hati mereka membesar.

"Persediaan saya untuk menjadi seorang bapa yang tegas tapi sayang dan manja terhadap anak, saya akan pastikan akan didik dia, ajar erti susah senang sampai mencapai kejayaan dan keinginan dia sebagai seorang anak, saya akan sedaya upaya kabulkan impian dia," tambah Sufi lagi.

Untuk rekod, Sufi dan Ain berkahwin pada 21 September 2019.

BERITA TRENDING: “Jawapan Kami Dalam Perancangan” – Sufie Rashid Fokus Kerja, Ingin Sediakan Kemudahan Terbaik Untuk Bakal Zuriat

#Penyanyi #Anak #Bersalin #Sufi Rashid #Isteri #Singapura #Ain
;