Hiburan
Sufian Suhaimi Tak Kisah Orang Gelar Terakhir Sebagai Lagu 'Dak WeChat'
Penyanyi lagu Terakhir, Sufian Suhaimi tidak kisah apabila ada segelintir pihak menggelarkan lagunya sebagai lagu untuk 'Dak WeChat'.
"Tak semua orang suka dengan perkara yang kita lakukan. Sudah menjadi adat, mungkin ada yang suka dan ada juga yang tidak suka. Cumanya, golongan tersebut ramai atau sikit sahaja.
"Setakat ini, ramai yang suka lagu saya berbanding golongan yang kurang menggemarinya. Sambutan kepada lagu Terakhir itu juga sangat memberangsangkan.
"Mengenai gelaran, saya tak kisah. Terpulang kepada sesetengah pihak nak menggelarkan lagu saya sebagai lagu apa, lagu 'Dak WeChat' ke, lagu jiwang ke, semuanya saya terima sahaja," kata Sufian kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, lagu Terakhir berjaya menempatkan diri sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) yang bakal berlangsung pada 22 Januari 2017.
"Memasuki peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik sudah menjadi satu kejutan buat saya. Melangkahkan kaki ke peringkat AJL 31 membuatkan saya sangat bersyukur.
"Saya menganggap itu sebagai salah sebuah pengiktirafan serta tanggungjawab. Lagu ini mempunyai peminat tersendiri dan saya harus melakukan yang terbaik untuk komposer, penulis lirik dan orang yang menggemarinya," katanya mengakhiri perbualan.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video