Penyanyi Kilafairy menegaskan semua acara yang dihadiri di luar negara ditaja sepenuhnya oleh syarikat yang menjemput.

Menurut Kilafairy atau lebih mesra dipanggil Kila menafikan dakwaan kononnya dia ditaja oleh 'sugar daddy'.

"Sebenarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri adalah bagi mewakili Malaysia.

"Setiap syarikat yang menjemput itu sendiri yang menaja segala perbelanjaan saya di sana.

"Sugar daddy nak selit pun dah tak ada tempat," katanya kepada Gempak.

Kila ditemui ketika majlis perasmian produk keluarannya, Kilafit by Kilafairy yang diadakan di Forest Valley Hall, semalam.

Tambah pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akui sudah terbiasa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

"Kita tidak boleh tutup mulut orang sebab mereka tetap akan bercakap apa yang mereka mahukan.

"Saya memberi ruang kepada netizen untuk meninggalkan komen negatif namun saya sendiri tidak pernah membacanya.

"Saya dah biasa dengan kritikan negatif sehinggakan saya hanya mampu gelak dan biarkan sahaja," katanya lagi.