gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Suhaimi Saad Bidas Ridhuan Tee, Back Up Siti Nurhaliza - "Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen Langau Ker Apa?"

Amri Hassan
Amri Hassan
07/05/2021
05:25 MYT
Sponsor Banner
Suhaimi Saad Bidas Ridhuan Tee, Back Up Siti Nurhaliza - "Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen Langau Ker Apa?"
Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil membidas kenyataan pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang menasihati golongan selebriti untuk tidak memanipulasikan agama apabila berdepan sesuatu isu.
BACA: "Ustaz Mana Artis Ni Rujuk? Sendiri Buat Hal, Sendiri Mengaku Dapat Pahala" - Ridhuan Tee Abdullah
Tegas Suhaimi, Ridhuan tidak sepatutnya masuk campur mengulas mengenai kenyataan yang pernah ditulis artis terbabit sebaliknya memfokuskan kepada amalan lain yang lebih utama.
"Alaaaaahhh! Ustaz pun nak tumpang jugaaak. Tak payahlah nak campur, nak tambah perisa ustaz, patut ustaz fokus je pada amalan dan job yang lebih baik dan penting.
"Bukan cari pasal dengan isu yang tak ada kaitan dengan ustaz, buruk nampak perangai orang agama buat gitu," tulisnya di Instagram berserta tangkap layar judul artikel yang disiarkan berdasarkan kenyataan Ridhuan semalam.
Suhaimi berpendirian, kenyataan yang ditulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini betul.
"Betullah apa yang Siti (Nurhaliza) tulis tu. Aku sokong Siti.
"Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadan ni Allah ganda gandakan.
"Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar.
"Takkan benda basic macam tu pun tak tau... kata ustaz," tambahnya.
Justeru, Suhaimi menasihati Ridhuan agar tidak lagi mempolitikkan isu semasa berkaitan golongan artis untuk kepentingan sendiri.
"Tak payah nak burukkan keadaanlah ustaz. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustaz.
"Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?
"Patut ustaz tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.
"Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustaz. Stoplah politikkan semua benda, malu dekat Allah," ujarnya.
Terdahulu tular kenyataan Siti yang ditulis di Instagram Stories beliau menyatakan sedang mengumpul pahala percuma berganda-ganda ketika berhadapan dugaan pada bulan Ramadan.
BACA: Siti Nurhaliza Muat Naik Status Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa - "Terus Rasa Nak Unfollow Ja"
Status itu mendapat perhatian ramai termasuk Ridhuan yang difahamkan mengulas mengenai kenyataan itu baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Kontroversi
#Ramadan
#Siti Nurhaliza
#Netizen
#Artis
#Suhaimi Saad
#Pahala
#Ridhuan Tee Abdullah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement