Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Suhu Badan Naik 40 Darjah Celcius, Wawa Zainal Jatuh Sakit

Zulaikha Yusof
18/12/2019 12:21 MYT
Aktres Wawa Zainal mendedahkan telah mengalami demam panas semalam.

Menurut Wawa dia berasa pitam sehinggakan tidak dapat berdiri kerana suhu badannya melonjak naik hingga 40 darjah Celsius.

"Alhamdulillah saya semakin sihat hari ini. Tinggal pening sikit-sikit ja. 

"Malam tadi suhu cecah 40.. Tak boleh berdiri nak pitam. Rasa sejuk sangat-sangat then I pakai baju tebal selimut tebal.

"Aeril sampai je dia paksa I tuam satu badan dengan tuala basah. Pastu dok dalam aircond.

"Menggigil satu badan. Tapi alhamdulillah lepas buat macam tu suhu turun jadi 39. Then 38.

"Dan hari ini alhamdulillah dah boleh berdiri. Terima kasih yang doakan saya," tulisnya di Instagram Stories.



Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.

Wawa baru sahaja memasuki hari ke 18 berpantang selepas melahirkan Ayya pada 1 Disember yang lalu.
#Sakit #Wawa Zainal #Sakit