Laman Utama
“Suka Buat Orang Touching…”- Nak Cari Duit Kahwin, Elisya Sandha Terharu Anak Sheila Rusli Sanggup…
Pelakon Elisya Sandha terharu apabila tunangnya Uzair Haqimy, 25, sanggup berniaga lemang untuk kumpul duit bagi belanja majlis perkahwinan mereka nanti.
Tunangnya yang juga anak kepada Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly itu menjual lemang sempena Ramdan dan Hari Raya.
“Encik tunang ada hantar lemang untuk kita cuba tadi…sedap! Korang kena try! Tak raya lah kalau tak ada lemang!!
“All the best I doakan you selalu Uzair… katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching)” katanya.
Elisya yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik lemang dan rendang yang dimaksudkan.
Entri tersebut bagaimana pun menerima komen balas dari Uzair yang memberitahu dia sanggup lakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka nanti.
“Thank you sayang for the postt!! Appreciate it saying. All for you and for our future family bismillah for tomorrow sayang,” tulisnya.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 31 Januari lalu yang berlangsung di kediaman Fasha Sandha. Mereka merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.