Laman Utama

Suka Cantik-Cantik Di Rumah, Izara; "Self Love Itu Penting..."

Asraf Aided
29/07/2021
12:10 MYT
Aktres jelita, Izara Aishah akui 'self love' atau menyayangi diri sendiri amat penting dalam kehidupan seseorang.
Menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sering mempraktikkan perkara itu dengan berhias diri di rumah kerana ia mampu membuatkan dia gembira.
"Self love amat penting untuk diri kita sendiri, tambahan pula di waktu seperti sekarang, kita kena tahu cara untuk buat diri sendiri gembira.
"Saya suka buat diri saya gembira dengan bersolek cantik di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya di depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira, saya ini kuat berangan orangnya," seloroh Izara.
Izara berkata demikian dalam satu sesi virtual eksklusif BeauRaya yang turut disertai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawa Rizwana baru-baru ini.
Kemudian bercakap mengenai pencapaian hidup, Izara meletakkan sasaran untuk memenangi lebih banyak anugerah pada masa akan datang.
"Bercakap mengenai pencapaian, Insya-Allah, saya mahu menang lebih banyak anugerah dalam bidang lakonan selepas ini, saya pun amat mencintai bidang ini.
"Saya mahu juga jadi seperti Mak Iti (Siti Nurhaliza) yang sudah banyak menang anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri seni," katanya lagi.
Sekadar info, tujuan sesi virtual tersebut diadakan adalah untuk menghargai peminat dan pengguna setia produk Beausiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pandemik COVID-19.
Foto: Instagram Izara Aishah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.