Pelakon Yana Samsudin berkongsi perkembangan pembelajaran anak sulungnya, Aisy Mateen.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagram milik anak lelakinya, Yana memberitahu dia telah mendedahkan Mateen untuk mempelajari tiga bahasa sejak kecil lagi.

“Paling suka subjek matematik. Tapi Mateen lebih suka kira dalam Inggeris, dia cepat tangkap. Kalau Bahasa Melayu dia agak lambat sikit.

“Sebab masa baby lagi dah dedahkan tiga bahasa. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

“Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa Arab dan Jawi,” tulisnya.

Bagaimanapun kata Yana, dia tidak memaksa Mateen untuk belajar sebaliknya mahu anaknya itu mengetahui dan mengenali tahap potensi diri sendiri.

“Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudan segala prosesnya.

“Ingat Mateen, mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian Mateen dengan anak-anak yang lain. Mommy nak Mateen pandai ikut potensi Mateen sahaja.

“Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti... #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi,” coretnya.

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen)


Yana mendirikan rumah tanggan bersama pelakon dan juga adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari pada tangal 13 Februari 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.