Laman Utama

Suka Mencapap? 'Ziana Zain Klon' Buka Kisah 2 Tahun Menyepi, Kerja Kilang & Hijrah - "Nabil Tegur Saya Seksi, Takut Tengok Ramai Meninggal Dunia ..."

Asyikin Mayudin
11/10/2022
00:55 MYT
Kemunculan klon ‘Ziana Zain’ atau nama sebenarnya Nik Aidi Azhar Che Seman di konsert Gegar Vaganza sentiasa menarik perhatian.
Nik Aidi ketika ditemui Gempak pada konsert minggu keempat GV9 baru-baru ini berkata dia bukanlah seorang yang ‘dahagakan perhatian’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Sebaliknya, Nik Aidi memberitahu dia hadir di setiap konsert GV sejak musim ketiga kerana ingin memberi sokongan kepada artis-artis Malaysia.
“Memang saya datang GV untuk support penyanyi-penyanyi Malaysia. Sebelum ini, saya support Intan Sarafina tapi lepas habis GV3 itu saya balik kampung.
“Dua tahun saya menyepi sebab jaga arwah ayah yang sakit di kampung dan masa itu saya kerja kilang. Sebab lama dah menyepikan diri, saya kembali nak sokong artis Malaysia.
“Tak ada nak tarik perhatian orang. Tapi kalau ada orang yang support saya, terima kasih… Alhamdulillah. Biasa la, lumrah kalau ada orang tak suka dan suka.
“Tapi saya ini tetap suka dengan semua orang. Artis Malaysia pun baik dengan saya, macam Dina, Tomok, termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain yang kalau jumpa saya tegur tanya khabar,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Nik Aidi turut mengakui penampilannya yang menyerupai wanita seksi pernah mendapat teguran daripada pengacara Nabil Ahmad.
“Dulu abang Nabil pernah tegur saya seksi… saya memang seksi teruk dulu tapi sekarang ini, kita pun dah berumur. Takut juga tengok ramai yang dah meninggal. Kita dekat dunia pun bukan lama pun,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai kehidupannya, Nik Aidi berkata dia mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai ‘cleaner’ pada 1996 di Majlis Sukan Negara.
“Saya berasal dari Kelantan dan berpindah ke KL untuk bekerja pada 1996 dan bermula kerja sebagai cleaner di Majlis Sukan Negara. Masa itu dapatlah saya jumpa dengan atlet Malaysia.
“Saya kerja cuci dan bersihkan pejabat. Dulu gaji saya hanya RM450 sahaja,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

"Ada Yang Skeptikal, Persoalkan Siapa Saya Tiba-Tiba Nak Jadi Penyanyi?" - Amiesyha Yakin Pertaruhkan Irama Latin Dalam Mirame

gempak
21/06/2024
12:37 MYT
Nama penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar tahun 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.
Berita

Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

gempak
30/05/2024
08:42 MYT
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.