,
Laman Utama

Suka Nyanyi Dalam Tandas, Gemar Italian Food & Kaki Saiz 2? Semak Fakta Menarik Tentang Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Viral Casablanca

Shahrin Zulkifle
23/07/2022
13:00 MYT
Lagu dan muzik video berjudul Casabalanca nyanyian pendatang baru, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus menjadi siulan peminat sehingga mencatat rekod 9 juta tontonan di Youtube.
Kejayaan lagu tersebut sekaligus melonjakkan lagi nama gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Rawang, Selangor.
Kali ini, Gempak ingin bawakan kepada anda, 8 fakta menarik tentang Nuha Bahrin. Jom kita semak!

#1 Tak Makan Sayur

“Saya tidak suka dan tidak gemar langsung untuk makan sayur. Saya tidak tahu mengapa, tetapi memang tak makan”.

#2 Suka Pasta

“Makanan kegemaran saya sepanjang masa adalah pasta, saya memang suka sangat Italian Food, I love it”.

#3 Perempuan Tunggal

“Dalam adik-beradik saya, saya satu-satunya perempuan, kesemua yang lain adalah lelaki”.

#4 Kaki Size 2

“Size kaki saya tersangat-sangatlah kecil, size kaki saya 2 dalam ukuran UK atau mungkin lebih kecil lagi, 1.5 UK, sangat kecil kan”.

#5 Lahir Di Sabah

“Walaupun saya tiada gaya seperti orang Sabah, tapi kenyataan nya saya dilahirkan di Sabah, tak ramai yang tahu tentang ini.

#6 Cakap Pennag

“Saya sangat pandai bercakap Penang, maklumlah sebab dibesarkan di Penang.”

#7 Suka Nyanyi Dalam Tandas

“Saya kalau dalam tandas saya akan duduk lama-lama dan bernyanyi dalam tandas. Walaupun saya tahu tak elok, saya akan cuba kurangkan”.

#8 Lagu Favourite

“Lagu paling saya suka sekarang adalah lagu No Love nyanyian Summer Walker”.
Untuk info, Nuha kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam jurusan pemasaran di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan dijangka tamat secara rasmi pada tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.