Laman Utama

Sukan Komanwel 2022: “Ibarat Menang Pingat Emas, Hadiah Untuk Hari Jadi Ayah” - Tahniah! Shah Firdaus Raih Gangsa Acara Keirin

Gempak
31/07/2022
04:19 MYT
“Ibarat menang pingat emas,” - Itulah reaksi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas meraih gangsa pada acara akhir keirin lelaki pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini.
Selepas banyak kali kecundang pada peringkat akhir dalam kejohanan mahupun temasya sukan sebelum ini, Muhammad Firdaus Shah mengakui amat teruja dengan pingat pertama diraihnya pada temasya sukan berprestij itu.
Bukan itu sahaja, pelumba berusia 26 tahun itu juga mendedikasikan kejayaannya untuk bapanya, Sahrom Osman yang menyambut hari jadi pada 10 Ogos ini.
"Saya datang balik ke temasya ini untuk bangkit semula selepas tersingkir awal pada peringkat saringan di edisi lepas di Gold Coast, Australia, pada 2018.
Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa tak dapat menang emas sebab dah lama kita ketandusan emas dalam acara ini," katanya
Pelumba dari Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul menampilkan kayuhan bertenaga untuk meraih emas manakala Jack Carlin dari Scotland pula merangkul perak dalam acara tersebut.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara keirin lelaki adalah pada edisi 2010 di New Delhi menerusi Josiah Ng.
Dalam masa sama, Firdaus memaklumkan pesanan yang diberikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang benar-benar meningkatkan motivasinya untuk melakar pencapaian membanggakan dalam kariernya.
"Sedih sikit Azizulhasni tiada di sisi sebab hubungan kami macam adik dan abang, kalau bersaing dalam acara keirin pun kami pastikan jarak tak terlalu jauh di antara satu sama lain.
"Azizulhasni beritahu kayuhan saya mantap dan saya juga pelumba kedua terpantas dalam acara itu juga, dia bagi tahu hanya ikut naluri dan kayuh dengan sepenuh hati," tambahnya.
Mohd Azizulhasni terlepas aksi di temasya sukan empat tahun itu selepas masih lagi menjalani proses pemulihan susulan pembedahan jantung, April lepas.
Mengulas mengenai prestasi hari ini, Shah Firdaus, yang mengungguli pusingan pertama dan kedua, menjelaskan tidak dapat mengulangi pencapaian tersebut selepas sukar melepaskan diri daripada kepungan kelompok pelumba di hadapan yang menyebabkannya tidak berupaya membawa pulang emas.
Sementara itu, Firdaus yang akan kembali beraksi dalam acara pecut hari ini berkata peluang agak sukar baginya namun berazam untuk sekurang-kurangnya mara ke akhir.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

MOM Jawab Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Ke Olimpik Paris

gempak
21/07/2024
07:25 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan semua pegawai ke Sukan Olimpik Paris 2024 mempunyai peranan penting dalam memastikan atlet mendapat sokongan yang diperlukan ketika bertanding di temasya terbesar dunia itu.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik

gempak
19/07/2024
09:55 MYT
Pemain hoki Australia telah memotong sebahagian jarinya bagi membuktikan dedikasi terhadap Sukan Olimpik.
Berita

Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

gempak
06/07/2024
14:55 MYT
Selepas temasya Olimpik Tokyo 2020 mengetatkan polisi kesihatan dan hubungan intim kerana jangkitan COVID 19, Olimpik Paris 2024 mengikut langkah yang sama dengan mengedarkan sebanyak 300,000 kondom kepada 14, 250 atlet yang bertanding.
Sukan

Polis Afrika Selatan Temukan Mayat Bekas Juara Dunia Lompat Tinggi Dengan Kesan Tembakan

gempak
04/07/2024
04:43 MYT
Polis Afrika Selatan pada Rabu mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi Jacques Freitag dengan kesan beberapa tembakan, yang dilaporkan hilang bulan lepas.