Pelakon Fathia Latiff berkongsi foto merakamkan dirinya sedang membaca Al-Quran.

Foto itu juga menunjukkan Fathia yang mengenakan telekung sedang kusyuk meneliti setiap bait surah dan juga terjemahannya.
“in-depth,” tulisnya ringkas.

in-depth.

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on


Ternyata perkongsian Fathia itu membuatkan pengikut Instagramnya berasa gembira dengan perubahan yang dilakukan oleh aktres cantik itu.

Rata-ratanya memberikan komen positif selain mengakui secara tidak langsung foto Fathia itu memberikan motivasi kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama.

Antara komen-komen yag diterima Fathia adalah:

“Alhamdulillah, semoga istiqomah”, “Sukanya tengok Fathia sekarang,” dan “Semoga istiqomah Fathia, dah boleh cuba macam Fathia,”

Bagaimanapun, Fathia kemudiannya bertindak menutup kembali ruangan komen Instagramnya.

Terdahulu, Fathia sebelum ini membuat keputusan untuk kembali berhijab sekitar Jun lalu selepas mencetuskan kontroversi membuka tudung pada tahun 2019.