Penyanyi kacak Hael Husaini tampil menjawab dakwaan cuba untuk mengelak daripada ditemubual oleh media sejak kebelakangan ini.

Bercakap kepada Berita Harian, Hael menegaskan dia tidak pernah punyai masalah dengan wartawan ekoran tindakannya tidak membalas mesej atau menjawab panggilan.

Hakikatnya, Hael sebenarnya tidak mempunyai telefon bimbit sejak empat tahun lalu.

"Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.

"Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka.

"Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.

"Segala komen negatif juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kecaman, tetapi saya seorang yang cepat runsing.

"Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu komen negatif. Saya mahu lebih fokus pada kerjaya," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Hael memaklumkan konsert sulungnya Hael Husaini Live In KL terpaksa ditangguhkan ke Februari tahun hadapan atas beberapa faktor teknikal.

BACA: PRU15 & Persiapan Teknikal Antara Punca Konsert Hael Husaini Live In KL Ditunda Ke Februari 2023

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!