Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Sukar Untuk Percaya Akhirnya Saya Di Sini…”- Juliana Evans Umrah Bersama Suami

Syafiqah Jalal
08/10/2019 09:30 MYT
Pelakon Che Puan Juliana Evans kini berada di tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj.

Juliana berkata dia bagai tidak percaya kerana akhirnya di usia 30 tahun dia dapat menjejakkan kakinya ke sana.

“Saat saya melihat Kaabah di hadapan mata saya…I couldn’t help but cried. Sukar untuk percaya akhirnya saya disini, diusia 30 tahun bersama dengan orang yang saya cintai.

“It is such an overwhelming feeling, melihat kecantikan Kaabah dan semua orang yang berada disini dengan tujuan yang sama.

“Saya sangat berfbangga apabila dapat menjejakan kaki disini serta dapat melengkapkan umrah saya,” katanya.

Juliana berkongsi perasaannya berada di sana di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama suami berlatarbelakangkan pemandangan kaabah.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang gembira serta mendoakan terbaik untuk perjalanan ibadahnya di sana.

Juliana dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017 dan mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai lalu.

The moment I saw the Kaaba in front of my eyes... I couldn’t help but cried ? It’s hard to believe that I am finally here, at 30 years old, with the love of my life ? It is such an overwhelming feeling, to see the beauty of the Kaaba, and everyone here for the same purpose. I am so proud to be here and to have completed my Umrah ? #Mecca

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

#pelakon #Juliana Evans #Umrah #Pelakon #Suami
;