,
Laman Utama

Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak

Izwan Isa
01/11/2023
07:58 MYT
Pelawak Sule membidas Rian Ibrahim apabila pengacara itu melontarkan pertanyaan mengenai status agama Mahalini setelah bernikah dengan anaknya, Rizky Febian kelak.
Situasi tegang itu berlaku ketika Sule hadir memenuhi jemputan bagi program bual bicara Pagi Pagi Ambyar baru-baru ini.

BERITA TRENDING: "Jangan Jadi Macam Ayah" - Pesan Pelawak Sule Buat Rizky Febian Yang Baru Bertunang!

“Begini ya, kamu kan bertanya? Pertanyaannya adalah kenapa kalian selalu bertanya kepada orang lain?
“Seharusnya kalian bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita ini sudah lebih baik atau belum?” jawab Sule.
Sule melontarkan kata-kata itu selepas Rian bertanya adakah Mahalini yang sekarang merupakan penganut agama Hindu akan memeluk agama Islam dan bergelar mualaf.

BERITA TRENDING: Mahalini Masih Belum Peluk Islam, Sule Tak Mahu Paksa Rizky Febian Berpisah

Begitupun, Sule tidak terus berdiam, tetapi kembali mewarnakan suasana dengan jawapan susulan yang berbaur kelucuan.
"Atas sebab itu, saya tidak mahu komen. Saya takut saya tersilap langkah. Tunggu saja, satu jam atau setengah jam lagi," seloroh Sule.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini bertunang pada Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

“Terima Kasih Nasi Kandar” - Pertemuan Rizky Febian Bersama Peminat Hasilkan Lagu Firasat Berbicara

gempak
31/10/2024
09:55 MYT
Menurut pelantun lagu Cuek itu, nasi kandar telah menemukannya dengan Afiq Zafri yang merupakan seorang peminat dan pemuzik yang berbakat besar.
Hiburan

“Penyanyi Ada Cara Mereka Tersendiri” - Afgan Tak Nafikan Akan Ada Netizen Buat Perbandingan, Nasihat Jangan Baca Komen Kalau Tak Kuat

gempak
01/10/2024
08:55 MYT
Bagi Afgan, setiap penyanyi di dunia itu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.
Hiburan

“Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan

gempak
30/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menyatakan peminat seharusnya meraikan bakat-bakat baharu yang cuba menyanyikan kembali karya daripada penyanyi terdahulu.
Unitar