Laman Utama

"Jangan Jadi Macam Ayah" - Pesan Pelawak Sule Buat Rizky Febian Yang Baru Bertunang!

gempak
Maliah Surip
27/05/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Jadi Macam Ayah" - Pesan Pelawak Sule Buat Rizky Febian Yang Baru Bertunang!
Pelawak terkenal Indonesia, Sule mengaku gembira apabila anak sulung, penyanyi Rizky Febian selamat bertunang dengan kekasihnya, Mahalini.
Namun sebagai bapa yang pernah dua kali kecundang dalam perkahwinan, Sule juga memberitahu ada menitipkan nasihat buat Rizky yang dipanggil Iky.
Kata Sule apa yang dipesan kepada Rizky adalah untuk tetap bersiap siaga dengan segala kemungkinan yang akan dijalani sebagai pasangan suami isteri kelak.
Bapa lima anak dari dua hasil perkahwinan sebelum ini juga mengingatkan agar Rizky tidak menjadi seperti dirinya.
"Kita doa dan sokong. Jalani saja. Apa yang menurut Iky senang, ya silakan. Kalau sudah siap nikah, ya silakan. Ingat baik buruknya nanti. Jangan sampai macam Ayah," kata Sule seperti dilaporkan Kompas.com.
Ditanya mengenai perancangan seterusnya seperti tarikh perkahwinan pasangan selebriti tersebut, Sule bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi.
“Nanti, belum lagi,” katanya ringkas.
Rizky dan Mahalini selamat bertunang pada 7 Mei lalu selepas bercinta selama satu tahun tiga bulan.
Sementara Sule diketahui berkahwin dengan isteri pertamanya, Siti Jubaedah pada tahun 1997 sebelum berpisah pada 2018. Jubaedah kemudian menikah lain dan meninggal dunia pada tahun 2020.
Sule berkahwin kali kedua dengan seorang mualaf, Nathalie Holscher pada 2020 dan bercerai pada Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live