,
Berita

Sultan Ibrahim Gemar Masakan Kampung, Pedas - Cef Hamdan

Gempak
19/07/2024
13:55 MYT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan Dollah, 57, berkongsi pengalaman kepada Bernama bahawa Seri Paduka Baginda juga gemarkan masakan Melayu kampung seperti asam pedas, gulai nanas ikan kering, ulam-ulaman dengan sambal belacan, siput sedut, kerang rebus dan banyak lagi.

Masakan kampung

"Sebenarnya makanan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tidak banyak beza kerana Seri Paduka Baginda berdua gemarkan makanan kampung. Ada kalanya kalau Sultan Ibrahim hendak berubah selera barulah menitahkan saya menyediakan makanan lain.
"Sultan Ibrahim sensitif dengan rasa makanan, perlu ada keseimbangan rasa masin, masam, manis semua perlu cukup dan kalau Seri Paduka Baginda berkenan memasak sendiri, saya akan sediakan semua bahan-bahannya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini, baru-baru ini.
Hamdan yang berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda sejak 2012 berkata Sultan Ibrahim sangat hebat di dapur dan mempunyai kemahiran memasak pelbagai makanan antaranya menu barat dan Cina.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong juga gemar memasak dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada petugas di istana selain mempunyai doktor peribadi yang akan memberi nasihat mengenai aspek pemakanan.
Hamdan yang telah berkhidmat selama 12 tahun dengan Sultan Ibrahim berkata Seri Paduka Baginda sangat menekankan kebersihan, dan disiplin dalam kalangan petugas istana selain sering bergurau.

"Sultan Ibrahim tidak terlalu tegas dengan pekerja dan kami sememangnya senang berurusan serta berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda.

"Satu lagi, Sultan Ibrahim suka pada kekemasan dan sentiasa mengingatkan pekerja supaya kelihatan kemas dan menjaga disiplin dalam bekerja, segalanya perlu dalam keadaan teratur," katanya yang berpengalaman bekerja selama 21 tahun di hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Istiadat Pertabalan Agong, 14 Laluan Di KL Ditutup Pada Sabtu

ARTIKEL BERKAITAN: “No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Kongsi Momen 'Princess Talk' Bersama Puteri Ameerah

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

Menceritakan bagaimana bermulanya tugas sebagai tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan berkata ia bermula ketika Seri Paduka Baginda sering berangkat ke Pengerang, sebelum menawarkannya untuk bekerja di istana.
"Ketika Seri Paduka Baginda bertanya sekiranya saya mahu bekerja di istana, saya terdiam, sebelum menerima tawaran itu walaupun berada dalam keadaan terkejut.
"Kenapa saya terima? sebab saya anggap ia rezeki apatah lagi bila Sultan Ibrahim sendiri yang pelawa. Ini semua ketentuan Allah, saya bersyukur, Alhamdulillah kerja di istana banyak mengubah kehidupan saya menjadi lebih stabil," katanya.
Selain itu, Hamdan juga bersyukur kerana sebagai tukang masak peribadi, beliau berpeluang mengikut Seri Paduka Baginda ke luar negara dan lebih istimewa kerap ke Istana Negara untuk membantu petugas menyediakan santapan selepas Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Jalani Latihan Juruterbang Helikopter, Kemahiran Dalam Aktiviti Air & Permotoran, Ini Antara Biodata Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
07:45 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Laman Utama

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia

gempak
12/11/2022
15:30 MYT
Alhamdulillah, Tunku Putera Johor selamat
Laman Utama

Siap Tunjuk Pasport, Sultan Johor Puji Pelakon Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Tak Lupa Asal Usul

gempak
19/09/2021
04:00 MYT
Terbaiklah!
Laman Utama

Sultan Johor Masak Lamb Chop, Apron Minion Jadi Perhatian Netizen - “Comelnya Tuanku,”

gempak
18/11/2020
15:06 MYT
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi perhatian netizen selepas meluangkan masa memasak menu daging kambing di Istana Flintstones, Mersing semalam.
Unitar