Laman Utama

Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan

Awani
27/10/2023
07:50 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.
"Mesyuarat tersebut dihadiri semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya dalam kenyataan rasmi, di sini, pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Bawa Motor Bonceng Permaisuri, Gelagat Sultan Johor Curi Tumpuan Netizen

Menurut Syed Danial, mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Sultan Ibrahim dipilih bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari tahun depan.

BERITA TRENDING: Siap Tunjuk Pasport, Sultan Johor Puji Pelakon Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Tak Lupa Asal Usul

Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia

gempak
12/11/2022
15:30 MYT
Alhamdulillah, Tunku Putera Johor selamat
Laman Utama

Isu Hina Sultan Johor, Ibu Neelofa Antara 7 Individu Diambil Keterangan - Polis

gempak
05/06/2021
01:15 MYT
Harap isu hina sultan johor ini selesai
Laman Utama

Polis Selangor Ambil Alih Siasatan Kes Ibu Neelofa

gempak
31/05/2021
09:46 MYT
Serahkan pada pihak berkuasa.
Covid-19

Bimbang Situasi COVID-19, Sultan Johor Cadang – “ Pertimbang ‘Total Lockdown' Ikut Negeri Atau Zon"

gempak
28/05/2021
15:20 MYT
Situasi COVID-19 sangat membimbangkan.