Kehidupan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka dilihat hanya menaiki helikopter untuk ke gunung bersalji.

Menerusi satu suntingan video yang dimuat naik oleh pelakon Hanis Zalikha ke akaun Instagram (IG) miliknya mereka berempat menaiki helikopter dan mendarat di satu kawasan lapang di sebuah pergunungan yang dipenuhi salji.

Tidak memaklumkan di mana, Hanis memberitahu ia percutian pertama mereka bersama dua orang anak anaknya Yusuf Iskandar, 6, Alisya Aisyah, 3, ke luar negara selepas tiga tahun.

“The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!,”tulisnya.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)


Sementara itu, meninjau ke IG Hairul pula dia memberitahu ia merupakan rancangan percutian di saat akhir.

“Last minute plan untuk family. Masya-Allah cantiknya view ni,” tulisnya.

Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dan cemburu dengan rancangan percutian saat akhir mereka.

“Last minute dia sampai terkeluar Malaysia tau. Aku punya last minute plan paling jauh belakang rumah je,” komen salah seorang netizen.

“Dia punya last minute plan sampai negara omputih. Kita punya last minute plan dari kedai tomyam ke kedai western je,” kata salah seorang pengikutnya.

“Saya punya last minute pergi sungai je dik, tu pun dah syukur,” tulis salah seorang warga maya.

Dalam masa yang sama, ramai yang mendakwa Hairul sebenarnya adalah pemegang akaun TikTok yang popular bernama Sultan Pemurah. Ia gara-gara video di kawasan salji sama dengan yang dimuat naik di TikTok.

“Sultan pemurah? Sama view tengok kat TikTok moga dipermudahkan urusan,” komen salah seorang pengikutnya.

“Saya dapat rasakan inilah Sultan Pemurah,” teka salah seorang netizen.

“Hairul Sultan Pemurah,” kata salah seorang warga maya.

Pun begitu, Hairul tidak membalas atau menjawab persoalan itu.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)