Hiburan

"Sumber Ramuan Tidak Halal Kerana Ada Gelatin..." - JAKIM Tampil Perjelas Isu Status 'Brown Sugar Bubble Tea Ball'

gempak
Hanafis Haris
18/05/2020
09:09 MYT
Sponsor Banner
"Sumber Ramuan Tidak Halal Kerana Ada Gelatin..." - JAKIM Tampil Perjelas Isu Status 'Brown Sugar Bubble Tea Ball'
Baru-baru ini sebuah produk dikenali sebagai 'Brown Sugar Bubble Tea Ball' menjadi viral apabila ada netizen yang mempersoalkannya status halal makanan tersebut.
Sehubungan itu, timbul dakwaan mengatakan produk tersebut tidak halal.
Isu berkenaan kemudian telah mendapat perhatian pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan lebih lanjut.
Menerusi posting di Facebook rasmi mereka, JAKIM menyatakan produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Malah, produk bubble tea keluaran negara Taiwan itu turut mengandungi sumber bahan ramuan yang TIDAK HALAL iaitu gelatin babi.
"Justeru, pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.
"Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.," kata pengendali akaun tersebut.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen melahirkan rasa syukur mereka apabila mendapat penjelasan sepenuh daripada pihak JAKIM.
Kebanyakan mereka berharap supaya orang ramai lebih berhati-hati sebelum membeli produk makanan dari luar negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live