Filem Hantu Bonceng 2.0 lakonan Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 bermula semalam.

Walaupun masih kurang 24 jam Hantu Bonceng 2.0 ditayangkan, filem ini sudah mula mendapat sambutan hangat dari penonton yang sememangnya sudah lama menantikan filem berkenaan.

Ternyata penantian selama 10 tahun berbaloi kerana filem ini tidak mengecewakan dan menerima komen-komen positif di media sosial.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan cerita dan lawak bersahaja yang ditunjukkan oleh pelakon-pelakon Hantu Bonceng 2.0.



Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.