Penyanyi dan pelakon Kaka Azraff meluahkan rasa terujanya apabila dapat berlakon dan berduet bersama penyanyi rock popular, Datuk Awie.
Menerusi laman sosial Instagram, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Azraff, 32, berkongsi sebuah video ketika proses latihan lagu Halaman Asrama bersama Awie untuk tatapan umum.
“Dapat duet dengan @awieofficial! Hehe. Sumpah macam mimpi. Masa kecik, i selalu ikut my aunty Ella kalau ada apa-apa event.
“Masa umur 4 tahun, Ella bawak pergi program TV malam raya. Masa tu jumpa Awie and dapat duit raya! Now dapat duet dengan dia,” tulis Kaka di ruangan kapsyen.
Selain itu, Kaka turut melahirkan ucapan penghargaan kepada sutradara Mamat Khalid kerana dia sememangnya peminat francais Kampong Pisang.
“Thank you director yang paling cool and best @khalidmamat atas peluang ni. Syukur, happy sangat dapat bekerjasama sebab I memang peminat Kampong Pisang! Tengoklah apa jadi dengan Husin, nasib kome laaaa,” jelasnya lagi.
Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.
Selain Kaka, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru seperti Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.
Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.
Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
Azwa Rahman
Wed Jun 02 2021


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi