“Sumpah Tahun Ini Nak Body Macam Gal Gadot!”- Sherry Ibrahim Gigih Ke Gym

Mya Amri
Februari 6, 2018 14:16 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim akui mengimpikan badan yang cantik seperti heroin filem Wonder Woman, Gal Gadot.
Menurut Sherry, disebabkan keinginannya itu dia mula ke pusat kecergasan untuk melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup aktif.
“Slowly but surely! Sumpah tahun ini mahukan badan macam Gal Gadot,” tulisnya di akaun Instagram hari ini.
Sherry juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan aktiviti kecergasannya.
Dalam pada itu, pengikut IGnya juga turut memberikan kata-kata pujian dan sokongan kepada pelakon kesayangan mereka itu.
Mereka juga berharap Sherry kuat semangat dan tidak putus asa untuk mencapai bentuk badan yang diidamkan.
Foto: Instagram @sherryibrahim
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Sherry Ibrahim #Gaya Hidup #Pelakon